Sang Kelembai digambarkan sebagai manusia, gergasi atau dewa dewi malah ada menyebutnya sebagai pari-pari. Sang Kelembai yang dianggap makhluk yang serupa manusia tetapi luar biasa kerana mempunyai kelebihan untuk menyumpah makhluk lain menjadi batu
2. Naga Seri Gumum
Naga Seri Gumum atau lebih dikenali sebagai Naga Tasik Chini, merupakan makhluk gergasi yang mendiami Tasik Chini di Pahang. Naga ini dipercayai wujud hasil daripada jelmaan seseorang yang bertapa.
3. Burung garuda
Burung garuda adalah burung gergasi yang diceritakan dalam hikayat merong mahawangsa. Burung Garuda ialah seekor burung sakti yang hebat dimana ia berbentuk seperti helang yang membawa unsur api. Burung garuda bersama burung jentayu merupakan 2 penghulu agung kepada burung-burung sakti lain yang berwarna warni
4. Burung jentayu
Burung Jentayu merupakan burung sakti yang cantik dan membawa unsur air. Burung jentayu adalah berlawanan kepada burung garuda dimana ia lebih bersifat kurang agresif.
5. Gergasi
Dua gergasi yang terkenal di Malaysia adalah Mat Chinchang & Mat Raya. Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama Pulau Langkawi. Disebabkan oleh saiz yang besar serta kekuatan tenaga yang dimiliki oleh mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan drastik.
6. Bujang senang
Bujang senang adalah buaya raksasa yang mendiami Sungai Batang Lupar, Sarawak. Bujang senang dipercayai merupakan hasil jelmaan pahlawan Iban bernama Simalungun. Kehebatan Simalungun dikaitkan dengan ilmu kebal dimilikinya menyebabkan badannya tidak lut ditetak senjata.
Ulasan
Catat Ulasan