Jerung adalah sekumpulan ikan bertulang rawan yang kebanyakkannya tinggal di lautan. Mereka dipercayai telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi. Kewujudan variasi spesies jerung membuktikan bahawa ikan jerung adalah spesies yang sangat mudah beradaptasi dengan persekitaran. Di sini admin senaraikan beberapa spesies jerung dengan ciri yang unik.
1. Jerung Greenland
Jerung Greenland ialah vertebrata paling panjang jangka hayatnya di dunia. Ia boleh hidup selama 400 tahun. Ilmuwan mendapati ada beberapa ekor yang hidup sejak Wabak Besar London 1665 dan pelantikan presiden George Washington pada tahun 1789.
2. Jerung cookiecutter
2. Jerung cookiecutter
Jerung cookiecutter ialah salah satu jerung yang paling kecil di lautan, dan ia tidak pernah tumbuh lebih besar daripada 18-20 inci. Ia mendapat nama biasa daripada strategi pemakanannya membaham daging haiwan lain yang meninggalkan kesan yang terlihat seolah-oleh acuan biskut.
3. Jerung Goblin
Jerung goblin ialah spesies jerung yang hidup di lautan terbuka dari dekat permukaan hingga ke kedalaman sekurang-kurangnya 4265 kaki (1300 m). Spesies ini terkenal kerana rupanya yang menakutkan dan keupayaannya untuk memanjangkan rahangnya untuk menangkap mangsa. Hidungnya yang panjang dipenuhi beribu organ sensori yang sangat sensitif.

4. Jerung basking
Jerung basking ialah ikan kedua terbesar di dunia. Jerung basking ialah 'filter feeder' yang memakan plankton. Walaupun nampak seperti ganas, jerung basking merupakan haiwan yang tidak berbahaya.
5. Jerung sand tiger
Jerung sand tiger ialah pemangsa yang berburu di sekitar pantai di seluruh dunia. Jerung ini diketahui mengamalkan sifat kanibalistic sejak menetas. Selalunya jerung sand tiger akan mengeramkan 2 telur di dalam perut. Anak yang menetas dahulu akan makan adik-beradiknya yang kecil.
6. Jerung mako
Jerung mako ialah jerung terpantas dan merupakan salah satu ikan terpantas di planet bumi. Jerung ini sangat handal berenang dan ia terkenal dengan keupayaan melompat ke permukaan dengan ketinggian yang agak tinggi ketika memburu.
7. Jerung frilled
Jerung frilled adalah jerung aneh yang kelihatan seperti prasejarah. Ia hidup di lautan terbuka yang gelap jauh di bawah dasar laut dalam. Jerung ini sangat jarang ditemui dan pengetahuan tentang sifatnya masih belum dikaji penuh.
8. Jerung putih
Jerung putih atau great white adalah jerung paling pemangsa yang paling popular di kaca tv. Ia banyak dijumpai di perairan Afrika Selatan, Asia timur, Australia, California dan Mexico sehingga ke Kepulauan Hawaii. Kebanyakan serangan keatas manusia adalah disebabkan kekeliruan yang tidak dapat membezakan singa laut & manusia.
9. Jerung lembu
Jerung lembu atau bullshark ialah jerung pemangsa yang dapat bergerak antara air masin dan air tawar. Tingkah laku ini membawa mereka kepada banyak berhubung dengan aktiviti manusia di sungai dan oleh itu kebarangkalian untuk menyerang manusia membawa kepada maut.
10. Jerung hammerhead
Jerung hammerhead ialah jerung besar yang menggunakan kepala berbentuk aneh untuk meningkatkan keupayaan mereka mencari mangsa. Matanya yang lebar memberikan mereka jarak penglihatan yang lebih baik.
11. Jerung paus
Jerung paus ialah ikan terbesar di planet bumi. Saiznya yang sangat besar adalah hasil dari startegi pemakanannya iaitu 'filter feeder'. Ia boleh dijumpai di seluruh perairan laut beriklim tropika dan panas. Ia haiwan yang sangat dilindungi di kawasan asia tenggara.
12. Jerung megamouth
Jerung Megamouth adalah jerung besar dan filter feeder sama seperti seperti jerung berjemur dan jerung paus. Tapi, jerung ini tinggal di laut dalam menyebabkan pengetahuan tentangnya sangatlah terhad.
Kehadiran ikan jerung di perairan sangatlah penting untuk mengawal bilangan populasi haiwan di dalam habitat. Kini, mereka sangatlah diburu untuk makanan & perdangan pasaran gelap.

Ulasan
Catat Ulasan