Asalamualaikum dan salam sejahtera, kali ni admin nak berceritakan tentang satu topik yang agak menarik. Korang mesti pernah tengok filem The jungle book & Tarzan kan. Filem-filem ni mengisahkan tentang kanak-kanak yang membesar bukan dari jagaan ibu bapa mereka. Malah, mereka dijaga oleh haiwan-haiwan dan entiti yang tidak dikenal pasti. Hal ini juga menyumbang kepada sifat dan akhak mereka yang tak bertamadun. Istilah yang diberikan untuk mengungkap perkara ini adalah 'feral child' atau budak liar. Feral child mungkin kedengaran seperti lagenda atau dongeng, tetapi terdapat banyak kes telah dilaporkan dan perkara ini adalah tidak mustahil. Ini adalah beberapa budak liar yang diketahui dalam sejarah.
1. Victor dey aveyron
Victor dey aveyron adalah budak liar paling dikenali di seluruh negara. Dia adalah budak liar dari Perancis yang ditemui pada usia sekitar 9 tahun. Dia bukan sahaja dianggap sebagai budak liar yang paling terkenal, tetapi kesnya juga merupakan kes budak liar yang paling didokumentasikan. Setelah penemuannya, dia pernah beberapa kali melarikan diri dari tamadun manusia sebanyak 8 kali. Akhirnya, dia ditangani oleh seorang doktor muda, Jean Marc Gaspard Itard, yang bekerja dengan budak lelaki itu selama 5 tahun. Dr itu memberinya nama, Victor. Dr Itard berminat untuk mengkaji apa yang Victor berkemampuan dan dia membuat cara untuk mengajar budak itu bertamadun. Berdasarkan kajiannya, Dr. Itard mendapati bahawa Victor mempunyai masalah mental.
2. Marina Chapman
Pada tahun 1954, Marina dikatakan telah diculik ketika berusia 5 tahun dari sebuah perkampungan terpencil di Amerika Selatan. Dia kemudian ditinggalkan oleh penculik itu di dalam hutan. Dia diambil oleh keluarga monyet capuchin & dibela selama lima tahun sebelum ditemui oleh pemburu. Dia hidup dengan makan beri, akar dan pisang yang dijatuhkan oleh monyet. Dia juga tidur dalam lubang pada pokok dan merangkak seperti monyet. Monyet-monyet itu bukan sekadar memberinya makanan, dia diajar untuk terus hidup. Dari situ, dia dikenal pasti mempunyai akal fikiran yang cerdas. Dia juga meniru tingkah laku monyet dan menjadi biasa mencari kutu dari rambutnya. Selepas dijumpai, Chapman berjaya ditamadunkan & pernah dijual sebagai hamba. Dia diketahui telah berkahwin & tinggal di Yorkshire, bersama suaminya dan dua orang anak perempuan.
3. Dina Sanichar
Dina Sanichar adalah seorang budak yang ditemui di dalam kelompok serigala. Dia dijumpai di dalam sebuah gua di Sikandra di Uttar Pradesh, India pada tahun 1872. Pada waktu dijumpai, dia berusia 6 tahun. Selepas dijumpai, dia diambil untuk tinggal bersama kalangan manusia selama lebih 20 tahun. Dia juga diajar bertamadun, termasuk merokok dan beradap. Tetapi, dia sudah tidak mampu diajar bercakap menyebabkan dia kekal cacat pergaulan sepanjang hidupnya.
4. Oxana Malaya
Oxana ditemui tinggal bersama anjing didalam kandang pada tahun 1991. Dia berumur 8 tahun dan telah tinggal bersama sekumpulan anjing selama 6 tahun. Ceritanya bermula dengan ibu bapanya yang merupakan penagih arak. Pada suatu malam, mereka telah meninggalkan Oxana di luar rumah. Mencari kemesraan, budak itu yang berusia 3 tahun itu merangkak ke dalam kandang anjing di sebuah ladang dan hidup bersama anjing-anjing tersebut. Ketika dijumpai, dia merangkak, lidahnya terjuntai, menampakkan giginya dan menyalak sama seperti anjing. Kerana kekurangan interaksi dengan manusia, dia hanya tahu perkataan 'ya' dan 'tidak'." Oxana kemudian tinggal di sebuah klinik haiwan ternakan di Odessa dan bekerja di klinik itu.
5. Peter the Wild Boy
Peter the Wild Boy ialah seorang budak lelaki dari Hanover di utara Jerman. Dia ditemui pada tahun 1725 diamana dia hidup liar di dalam hutan berhampiran Hamelin. Budak ini tidak diketahui keturunannya dan dia telah hidup di alam liar sepenuhnya untuk jangka masa yang tidak diketahui. Dia bertahan hidup dengan memakan tumbuh-tumbuhan di hutan. Ketika dijumpai, dia merangkak seperti haiwan dan mempamerkan tingkah laku yang tidak beradab dan tidak boleh diajar bercakap. Tidak lama selepas dijaga oleh manusia, dia kemudian dikenal pasti menghidap gangguan genetik yang sangat jarang berlaku, iaitu sindrom Pitt–Hopkins.
6. John Ssebunya
Kisah John bermula apabila dia melarikan diri dari rumah pada tahun 1988. Pada waktu itu, dia berumur 3 tahun. Selepas melihat bapanya membunuh ibunya, dia melarikan diri ke dalam hutan di mana dia kemudian tinggal bersama monyet vervet. Dia dijumpai pada tahun 1991 dan ketika itu dia berusia 6 tahun. Dia kemudian ditempatkan di rumah anak yatim. Dia dijumpai dengan keadaan dimana callus terbentuk pada lututnya kerana berjalan merangkak seperti monyet. John telah diajar bercakap & berjaya ditamadunkan. Dia juga diketahui telah menjadi ahli kumpulan koir kanak-kanak yang bernama Pearl of Africa.
7. Sujit Kumar
Sujit berusia 8 tahun ketika dia ditemui di tengah jalan sambil mengepak-ngepak tangan dan berkelakuan seperti ayam. Dia mematuk makanannya, membongkok di atas kerusi seolah-olah bertenggek seperti ayam dan dia mengeluarkan rentak bunyi klik yang cepat pada lidahnya. Kisahnya bermula apabila ibu bapanya mengurungnya di dalam reban ayam. Ibunya membunuh diri dan bapanya dibunuh. Oleh itu, datuknya bertanggungjawab ke atasnya, tetapi datuknya masih mengurungnya di dalam reban dalam jangka waktu yang panjang. Ketika ditemui, Sanjit sangat mengejutkan kerana didapati telah mempelajari tingkah laku ayam, jari kakinya terlihat seperti cakar dan dia tidak boleh memegang sudu. Tiba-tiba orang yang menjumpainya cuba membuat Sanjit duduk dengan betul dan bercakap. Sanjit telahdihantar kepada seorang usahawan bernama Elizabeth Clayton. Wanita ini juga telah menyelamatkannya dari rumah orang tua dan menubuhkan sebuah badan kebajikan yang menempatkan kanak-kanak yang memerlukan bantuan seperti Sanjit.
8. Madina
Madina tinggal bersama anjing sejak lahir hingga dia berumur 3 tahun. Dia berkongsi makanan denagn mereka, bermain dengan mereka, dan tidur dengan mereka ketika musim sejuk. Apabila pekerja awam menemuinya pada tahun 2013, dia berada dalam keadaan berbogel, berjalan merangkak dan menyalak seperti anjing. Ayah Madina telah meninggal sejurus selepas kelahirannya. Ibunya mmenjadi ibu tunggal pada umur 23 tahun & mengambil alkohol sehingga tahap ketagihan. Dia sering mabuk ketika menjaga anaknya dan dia akan duduk di meja untuk makan manakala anak perempuannya menggigit tulang di atas lantai bersama anjing-anjing itu. Selepas ditemui, Madina telah dibawa pergi untuk dijaga di hospital. Doktor yang merawat Madina mendapati dia adalah seorang yang sihat dari segi mental dan fizikal walaupun apa yang telah dilaluinya adalah sangat menyedihkan.
Ulasan
Catat Ulasan