Ini berkemungkinan menjadi gambar yang sangat rare. Nak tahu kenapa. Ia adalah Gambar badak Jawa terakhir di Tanah Melayu. Badak ni dikatakan telah ditembak di Teluk Anson, negeri Perak pada 1932 dan kepalanya dijadikan pameran di muzium britain. Badak Jawa merupakan haiwan yang boleh dijumpai di hutan Malaysia pada dahulunya. Ia kini telahpun diisytiharkan pupus sepenuhnya selepas 1932. Badak Jawa pada dahulunya menghuni hutan hujan di seluruh Asia tenggara. Tapi sekarang ianya hanya boleh dijumpai di taman Nasional Ujong kulon, Indonesia.
Badak Jawa terakhir yang bukan berada di Indonesia ialah seekor badak betina dari negara vietnam. Dan Ia telahpun ditembak mati pada tahun 2011. Badak Jawa terlampau diburu habis habisan hanya untuk sumbunya yang mampu bernilai USD30000. Sumbunya sangat berharga didalam perubatan tradisional cina. Namun, kemujarabannya masih dipertikaikan kerana sumbu terbuat dari keratin iaitu sejenis bahan yang ada pada kuku dan rambut manusia
Ulasan
Catat Ulasan