Semua burung adalah dinosaur. Tapi bukan semua dinosaur adalah burung. Ya betul, kajian daripada ilmuwan barat mendapati bahawa unggas atau burung mempunyai rantaian evolusi yang berhubung dengan dinosaur. Tapi bagaimana ia berlaku. Untuk itu kita perlu balik ke zaman permulaan triassic iaitu pada 252 juta tahun yang lalu.
Semua dinosaur berasal daripada sejenis reptilia yang dipanggil archosaur. Dari situ, dinosaur mula bercabang kepada dua kumpulan utama. Saurischia dan ornithischia, berdasarkan bentuk dan kedudukan pelvis. Kumpulan saurischia terbahagi pula kepada dua iaitu sauropod(leher panjang) dan theropod(paling dekat dengan burung). Kedua sauropod dan theropod mempunyai tulang pinggul yang berbentuk sama dengan yang ada pada burung.
Dinosaur dikatakan adalah hidupan yang sangat berjaya dimana mereka membentuk berbagai-bagai jenis spesies dan menghuni seluruh pelusuk benua di muka bumi ketika era mesozoic.
Tapi pada sekitar 66 juta tahun yang lalu, hampir kebanyakkan dinosaur telah pupus. Dan sebab mengapa, masih lagi menjadi sebuah misteri. Teori yang paling kukuh dan terkenal adalah hempasan asteroid. Tapi beberapa faktor juga mungkin boleh menjadi punca kepada kepupusan tersebut. Bagaimanapun, sesetengah spesies dinosaur terselamat dan sesetengah berkembang menjadi unggas yang kita boleh lihat beterbangan sehingga hari ini
Ulasan
Catat Ulasan