Hai dan asalamualaikum. Harini saya nak ceritakan tentang sebuah tradisi yang sangat
unik dimana ia akhirnya makan diri pengamalnya. Ianya disebut sebagai foot
binding.
'foot binding' merupakan sebuah tradisi masyarakat cina pada dahulu
kala. Masyarakat cina wanita percaya bahawa kaki yang kecil melambangkan status
kecantikan feminin. Tapi, ia juga mempunyai sisi gelap.
Kaedah ini berkonsepkan
mendakap kaki sehingga ketat mengikut saiz yang diinginkan. Pada zaman itu, wanita dengan kaki
paling kecil dianggap cantik. Tulang pada jari kaki akan dipatahkan dan dilipat
kebawah untuk membentuk muncung yang tajam. Ia kemudian akan disarungkan dengan
sepatu yang kecil.Setengah pengamal tradisi ini dikatakan hilang keupayaan untuk
berjalan.
Konsep ini adalah bertujuan memastikan suri rumah menetap di rumah
untuk melakukan kerja-kerja rumah sementara suami mereka mencari
rezeki. Kebangkitan daripada dinasti qing telah menyebabkan tradisi ini tidak
digalakkan. Walaupun tradisi ini mendapat kritikan yang buruk, ia masih lagi
diamalkan sehingga sekarang.



Ulasan
Catat Ulasan