Haiwan-haiwan yang telah pupus di Malaysia

 Para ilmuwan telah memperkenalkan kepada kita tentang 6 teori kepupusan besar-besaran. Salah satu yang telah kita terbiasa dengar iaitu kepupusan Cretaceous-paleogene yang berlaku setelah asteroid menghentam permukaan bumi sejak 66 juta tahun yang lalu. Selepas peristiwa itu, kita dapat lihat bahawa kepupusan besar-besaran seterusnya semakin hari kian mendekati. Tetapi, kali ini umat manusia berkemungkinan menjadi penyebab. Justeru, kita dapat lihat bahawa Malaysia sangatlah terkesan dengan kehilangan berbagai jenis spesies. Dengan berat hati, admin ingin menyenaraikan beberapa jenis haiwan yang admin dapati telahpun lenyap di negara Malaysia. (*nota : Haiwan- haiwan ini masih lagi tidak pupus dari muka bumi, tetapi masih terdapat sebilangan yang masih hidup di beberapa buah negara jiran*)


1. Badak sumbu Sumatera (Dicerorhinus sumatrensis )

Kredit

Badak sumbu sumatera adalah badak sumbu terkecil dari 5 spesies badak sumbu di planet bumi. Ia merupakan satu-satunya spesies badak sumbu yang mempunyai bulu yang lebat berbanding spesies lain. Lantas, Ia dikenali sebagai keluarga woolly rhinoceros, iaitu sejenis badak sumbu prasejarah yang pupus 10,000 tahun yang lalu. Badak sumatera  diburu untuk mendapatkan sumbunya. Antara 2008 sehingga 2014, hanya 3 ekor diketahui hidup di Sabah. Ketiga-tiganya terpaksa ditangkap dan diletakkan didalam kandang untuk pemuliharaan. Kaedah ini menjadi jalan terakhir untuk menyelamatkan spesies ini. Tetapi, pada November 2019, badak sumatera terakhir Malaysia yang diberi Nama 'Iman' bertemu ajal. Iman dipercayai mati disebabkan masalah kesihatan.


2. Merak hijau (Pavo muticus)

Kredit

‌Burung merak hijau adalah sejenis unggas cantik yang terdapat di hutan hujan tropika di Asia Tenggara. Berlainan dari merak India (Pavo cristatus), burung merak hijau mempunyai bulu pelepah berwarna hijau tua. Merak hijau menjadi terancam kerana kehilangan habitat dan diburu secara haram. Burung ini dipercayai telah pupus di Malaysia, walaubagaimanapun, dianggarkan hanya 5,000 hingga 10,000 ekor masih bertahan di Huai Kha Khaeng Wildlife Sanctuary di Thailand, Taman Nasional Cat Tien di Vietnam dan Taman Nasional Baluran & Taman Nasional Ujung Kulon di kepulauan Jawa, Indonesia. Pada tahun 2005, world pheasant association telah melakukan reintroduksi di Malaysia. Beberapa merak dari jawa dilepaskan ke semenanjung Malaysia kerana dianggap merak hijau malaya adalah subspecies kepada merak hijau jawa. Sehingga kini, masih tiada perkembangan dan pengemaskinian tentang status burung merak yang menjalani reintroduksi tersebut.


3. Plectostoma Sciap‌hilum

Kredit

Plectostoma sciaphilum adalah spesies siput tanah dari famili Diplommatinidae. Spesies ini dijumpai di karst batu kapur di Bukit Panching Pahang, Malaysia.‌  Pada mulanya, berpuluh-puluhan spesies Plectostoma menghuni karst terpencil di bukit ini. Disinilah kemudiannya spesiasi berlaku, ia bermaksud aliran genetik dari sekelompok Plectostoma ini menjadi terhad lalu membentuk spesies baru iaitu plectostoma sciaphilum.‌ Cengkerangnya berbentuk seperti tiub cembung yang serupa dengan Plectostoma senex dan plectostoma turriform.  Karst ini dilombong pada tahun 2007, sehingga memusnahkan satu-satunya tempat spesies ini terbentuk dan secara ansuran juga melenyapkan spesies ini.


4. Badak sumbu Jawa (Rhinoceros sondaicus)

Kepala salah satu badak jawa jantan terakhir yang telah ditembak mati di Perak. (Spesimen kini diletakkan di muzium di Britain)

Badak Jawa, atau Badak Raya, merupakan spesies kedua terkecil dari Lima spesies badak badak. Ia tergolong dalam genus yang sama seperti badak sumbu India, yang mempunyai kulit mosaicked yang menyerupai perisai. Dahulunya ia adalah satu badak Asia yang paling luas taburannya. Spesies ini kini amat-amat terancam, Ia menjadi mamalia besar paling jarang ditemui di dunia.‌ ‌Kemerosotan badak Raya dikatakan disebabkan oleh pemburuan haram, terutama bagi tanduknya, yang amat bergarga dalam perubatan tradisional Cina. Ia mampu bernilai sehingga US$30,000 sekilogram di pasaran gelap.

Di Malaysia, Spesimen Badak Jawa yang terakhir telah ditembak mati di Ujong Permatang, Selangor pada tahun 1928 dan seekor lagi Telok Anson, Perak pada tahun 1932.‌ Pada tahun 1949, dikhabarkan kesan tapak kaki kepunyaan Badak jawa telah ditemui di Barat johor. Walaupun penerokaan telah dijalankan beberapa tahun kemudian, namun tiada bukti kukuh bagi tapak kaki tersebut. Telah jelas bahawa Badak Jawa telah diburu hingga pupus dari Semenanjung Malaysia.

Pada oktober 2011 pula, Vietnam mengumumkan, Badak jawa terakhir di taman negara Cat thien telah disahkan mati ditembak. Dengan itu, badak jawa kini hanya dapat ditemui di taman negara Ujong kulon, Indonesia.


5. ‌Bangau keria (Grus antigone)

Kredit

Bangau ini sangat unik kerana mempunyai warna merah keperangan dibahagian kepala. ‌Ia dipanggil keria kerana bentuk warna dikepala burung ini seakan-akan kuih keria. Burung ini dahulunya tersebar luas dari India sehingga ke utara Australia. Apabila kawasan paya diubah kepada tanah pertanian padi, ia menyebabkan burung ini kehilangan habitat. Dalam lingkungan 50 tahun saja , bangau keria telah lenyap di Thailand, Malaysia dan sebahagian besar Indochina. Jumlahnya masih mengalami penurunan dengan dianggarkan hanya tinggal 250 ekor saja di Kemboja dan Vietnam.


6. Serati hutan (Asarcornis scutulata)


Spesies itik ini diketahui hanya mencari makan pada waktu malam. Pada siang hari, ia akan bersarang dalam lubang pokok yang berketinggian 3 hingga 12 meter dari tanah.

Itik ini pernah ditemui di Semenanjung Malaysia dan merupakan spesies yang sangat jarang ditemui. Tetapi, ia kini telah diisytiharkan pupus sepenuhnya di Malaysia. Dahulunya, ia pernah dikenali sebagai salah satu spesies itik terbanyak. Serati hutan semakin terancam akibat kehilangan habitat yang berterusan, diburu untuk telur, haiwan peliharaan dan makanan.


7. Kerbau liar (Bubalus arnee)

Sekawan kerbau liar di Taman Negara di Assam, India.
Kredit: NejibAhmed


Kerbau air liar, juga dipanggil kerbau Asia atau kerbau Asiatik, adalah sejenis lembu besar yang berasal dari India dan Asia Tenggara. Kerbau liar adalah leluhur yang paling berkait rapat bagi kerbau domestik. Di Asia, hampir keseluruhan kerbau liar menjadi terancam akibat pembiakan interbreed bersama kerbau domestik. Ia telah disenaraikan sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN sejak 1986, kerana populasi yang tinggal berjumlah kurang daripada 4,000. Populasi terbanyak adalah di Assam, India.

8. White-rumped vulture (Gyps bengalensis)

Kredit: Goran Ekstrom

W.R.V. adalah sejenis burung nasar Dan dietnya lebih kepada bangkai bangkaian. ‌Penggunaan Diklofenac secara meluas pada lembu di Asia selatan dikaitkan dengan kematian berjuta-juta burung nasar. Diklofenac adalah ubat anti-radang yang biasa digunakan pada lembu. Burung nasar yang memakan bangkai yang mengandungi ubat tersebut akan mati, menyebabkan beberapa populasi menurun lebih dari 99% sejak tahun 1990. Diclofenac adalah toksik kepada burung nasar. Walaupun dalam dos kecil, ia akan menyebabkan burung nasar mengalami kegagalan ginjal. Ini lantas akan mengakibatkan asid urik terkumpul dalam darah burung dan mengkristal di sekitar organ dalamannya (keadaan ini disebut visceral gout). ‌Di Asia Tenggara, W.R.V. hampir lenyap disebabkan krisis diclofenac.


9. Nasar kepala merah @ Red-headed vulture (Sarcogyps calvus)

Kredit: Sumeet Moghe

‌Burung ini adalah sejenis old world vulture yang kebanyakannya terdapat di benua India, dengan populasi yang sangat kecil di beberapa kawasan di Asia Tenggara. Seperti W.R.V, burung ini juga mengalami krisis yang sama.‌ Tambahan pula, kegiatan pemburuan dijalankan ke atas burung ini menyebabkan bilangannya semakin berkurang.


10. White-shouldered ibis @ Sekendi bahu putih (Pseudibis davisoni)

Kredit: K.Yoganand

‌WSI ialah sejenis burung sekendi dan makanannya terdiri daripada cacing, cengkerik, lintah, serangga, katak Dan belut. Ia dijumpai di berbagai habitat termasuk hutan kering,  sawah, padang rumput, pinggir tasik dan sungai. 

Spesies ini telah menurun secara mendadak pada abad ke-20 akibat dari penebangan hutan, penyaliran tanah lembap, Dan pemburuan. Ia telah digambarkan sebagai burung air paling terancam di Asia Tenggara. Populasi sekarang sangat kecil dan taburannya berfragmen; ini bermaksud populasinya terpisah di berapa kawasan. Ia disahkan pupus sepenuhnya di thailand, Malaysia Dan China. Setakat ini, hanya kemboja mempunyai populasi yang stabil.


11. Tiong Jambul Mas @ Golden-crested myna (Ampeliceps coronatus)

Kredit: lwolfartist

‌Burung ini tersebar dari India hingga Vietnam dan utara Malaysia , di mana ia dapat dijumpai di hutan malar hijau. Burung ini mempunyai badan berwarna hitam Dan kepala berwarna kuning. Burung ini sangat jarang ditemui Dan hanya pernah direkodkan di utara Malaysia. Malaysia bird forum mengatakan bahawa burung ini tidak lagi berhijrah ke Malaysia akibat dari penebangan hutan. Dengan it, ia pun telah diisytihar pupus di Malaysia.

12. Jerung hilang @ Lost shark (Carcharhinus obsoletus)

Kredit : Lindsay Marshall

Jerung hilang adalah spesies jerung yang baru saja dijumpai. Ia dimasukkan kedalam jenis requim shark. Spesies ini sangatlah jarang ditemui sehinggakan hanya 3 spesimen pernah direkodkan iaitu di Borneo, Vietnam dan Thailand. Habitatnya di perairan cetek adalah sangat terdedah kepada aktiviti perikanan & sejumlah besar manusia sangat gemar menjadikan sirip ikan yu sebagai delikasi. Setelah 80 tahun, tiada lagi jerung dari spesies ini dijumpai & para ilmuwan mengesahkan ia sangat terancam kritikal & berkemungkinan telah pupus.

Kesimpulannya, kepupusan itu adalah perkara yang mungkin. 70% penyebab pupusnya haiwan adalah berpunca dari manusia. Jadi, ia terletak pada tangan kita sama ada untuk melindungi ataupun membiarkan. Aktiviti seperti pembalakan Dan pemburuan perlulah diberi tumpuan oleh pihak berkuasa kerana tanpa langkah awal, ia akan memberi kesan yang mendalam kepada haiwan-haiwan dan generasi akan datang.

Ulasan